Saifuddin Hamizan merupakan seorang penulis buku separa ilmiah bertemakan psikologi perhubungan bawah trilogi Semesta Cinta terbitan Puteh Press. Beliau juga aktif menghasilkan kandungan berkaitan psikologi trauma, gaya keterikatan, serta isu perhubungan toksik seperti dark tetrad (narsistik, machiavellian, psikopat, sadistik). Selain itu, beliau turut membincangkan topik tentang apa-apa yang lelaki dan wanita mahukan dari perspektif psikologi evolusi. Karya-karya beliau seperti Cinta, Serasi, Intim dan Pematah Hati Yang Tak Dirindukan yang mendapat perhatian pembaca kerana pendekatannya yang bersifat reflektif dan dekat dengan pengalaman kehidupan seharian.  

Beliau berpegang pada keyakinan, pendekatan humanistik perlu dijadikan asas dalam memahami kompleksiti hubungan antara lelaki dan wanita, kerana ini lebih menekankan aspek rasa selamat dari sudut emosi.

Di samping bergiat aktif dalam advokasi, beliau juga aktivis dan penceramah di MIASA Clubhouse Malaysia, sebuah NGO kesihatan mental. Beliau juga aktif berkongsi ilmu melalui sesi perkongsian dan platform media sosial sebagai pencipta kandungan yang memfokuskan kepada aspek emosi dan kemanusiaan.  Melalui platform ini, beliau giat menyampaikan kepentingan konsep “Menulis untuk Sembuh” sebagai salah satu bentuk terapi kendiri yang mudah diakses. Ia bertujuan membantu individu memahami perjalanan diri, mengurangkan tekanan akibat perbandingan sosial, dan lebih menghargai keunikan diri masing-masing.

Kini, beliau sedang menyambung pelajaran dalam bidang Ijazah Psikologi di Open University Malaysia. Beliau bersedia menerima undangan daripada pihak kerajaan, swasta, mahupun NGO bagi tujuan kerjasama dalam menyampaikan mesej psikologi dalam bentuk pendidikan.


 

Gaduh

Intim

Serasi

Cinta