Nabilah binti Hasan adalah anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan dan kini beliau menetap di Kemaman, Terengganu. Berkelulusan Sarjana Muda Usuluddin pengkhususan al-Quran dan Hadith di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1996.

Kemudian, melanjutkan pelajarannya di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam pengkhususan al-Hadith di universiti yang sama. Pada peringkat Doktor Falsafah, beliau berjaya menamatkannya dengan penghasilan sebuah tesis yang bertajuk, Model Pembangunan Diri Taqdir al-Dhat Menurut al-Hadith.

Kini, beliau aktif menjadi penceramah jemputan, pengkuliah pengajian al-Quran dan Hadith di surau dan masjid, serta guru agama bagi saudara baru.

Estim Diri Aras Tinggi

Ibu, Benarkah Tuhan Itu Ada?

Hidup Diredai Tuhan

Berbicara Cara Nabi

Mengharap Kasih Sayang Tuhan

Tip-tip untuk Pemimpin

Indahnya Budi Pekerti

Mendekati Tuhan