Haeqal Zulqarnain dilahirkan pada 14 Januari 1984 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau adalah seorang pelajar di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah sebelum melanjutkan pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Antara bahan bacaan yang memberi kesan kepada beliau adalah buku-buku tulisan John C. Maxwell, Dale Carnegie, dan Robert B. Cialdini. Beliau kini sedang membuat kajian mengenai teori serta teknik kepimpinan dan pengaruh berdasarkan tokoh-tokoh dalam sejarah Islam. Hasil kajian ini sudah dan akan dimuatkan dalam buku-buku tulisan beliau.

Kekal Hidup Berpengaruh; Seni Mencari Keabadian dengan Kuasa Pengaruh