Danish Aiman memulakan langkah dalam dunia komik semasa menjalani latihan industri di Komik-M. Sepanjang tempoh tersebut, beliau berpeluang menyumbang karya dalam projek antologi AKU KAU & MATEMATIK dan AKU KAU & SAINS sebagai penulis serta artis papan cerita. Pengalaman ini menjadi asas penting dalam pembentukan kerjaya beliau sebelum akhirnya diberi kepercayaan untuk menghasilkan komik solo terbitan Komik-M berjudul Diari Conteng Adiwira.
