ASTANA TINTA adalah sekumpulan pelukis yang bergabung berdasarkan minat yang sama, iaitu melukis ‘anime fanart’ dan menghasilkan karya serta karakter ciptaan sendiri. Mereka sering menyertai acara-acara budaya popular (pop culture) yang memfokuskan anime, komik, dan games di Malaysia serta Indonesia dengan membuka reruai bagi memasarkan karya-karya mereka.

