Harga

RM25.00 / RM28.00 (SS)

ISBN

978-967-481-656-8

Mukasurat

144

Saiz

8.25 x 5.75

Tarikh Terbit

31 Dec 2021

Karya

DEEN

Siri:

Humor, Dunia Kartun

Beli Versi Ebook
 
Kongsi

“Kartunis Deen menggarap isu-isu setempat dan global yang rencam sifatnya menerusi kaedah kontras dan perbandingan, merentasi tema-tema sosiopolitik, ekonomi, budaya dan hal ehwal persekitaran. Ragam Orang Kita menyentuh subjek-subjek dalam kehidupan hari ini, seperti pencemaran alam, politik wang dan lompat parti, rasuah, pandemik Covid-19, konflik Israel-Palestin, masalah pelarian dan kemanusiaan.

Sebagai jurnalis visual, Deen memaparkan sikap dan sifat masyarakat dalam realiti kehidupan hari ini untuk kita renungi dan hayati.”

- Prof. Dr. Muliyadi bin Mahamood PhD. in Cartoon Studies, University of Kent, United Kingdom (1997) Penerima Anugerah Akademik Negara (2012) “Salam hormat buat saya punya ‘Grand Master, Sifu Deen’.

Lukisan-lukisan beliau menjadi guru dan penanda aras betapa jauhnya lagi saya dalam mengejar kesempurnaan berkarya.”

- ALLAHYARHAM KARTUNIS AIE Abe, Blues Untuk Aku, Aku Hidup Dalam Blues Aku Dan Sesuatu, Bear & Bob “Deen, seorang kartunis yang sangat mahir bermain dengan pen dan dakwat. Karya-karya beliau padat dengan sentuhan yang di luar kotak pemikiran. Ketelitian beliau dalam melakar dan menggarap idea sering menampakkan perbezaan dengan kartunis-kartunis lain. Tidak hairan, Deen dianggap sifu oleh kartunis-kartunis yang lahir di era 90-an dan 2000-an.

Ragam Orang Kita bukan buku himpunan kartun biasa-biasa, tetapi lebih kepada karya seni bertaraf masterpiece. Buku ini pastinya menjadi rujukan penting kepada generasi muda, khususnya para pelajar yang meminati ataupun mengambil jurusan seni.

Sememangnya Deen dilahirkan sebagai seorang SIFU!”

- KARTUNIS JURAGAN Presiden Kelab Kartunis Malaysia Pengasas Rumah Kartun & Komik Malaysia “Deen adalah kartunis idola aku sejak tahun 80-an, bermula dari zaman kegemilangannya menghasilkan sampul hadiah dan kad raya lagi. Sentuhan karya kartunnya memang lain daripada yang lain, malah setanding dengan tahap pelukis-pelukis kartun antarabangsa.

Aku memang peminat nombor satu kartun Deen. Beliau juga antara yang membuatkan aku terjun dalam dunia kartun ini. Lu memang terbaik, Brader Deen. Itu saja nak cakap. Kasi pecah!

- KARTUNIS SUKUN Workshop (Cupin & Dicky) Sukun Jangan Tak Mandi facebook.com/nukus.sukun.3