Harga

RM14.00 / RM16.00 (SS)

ISBN

978-629-7708-52-2

Mukasurat

112

Saiz

5.5 x 8

Tarikh Terbit

31 Dec 2025

Karya

Kaher

Siri:

Novel Conteng, Diari Conteng Anaz

Kongsi

Sepanjang cuti sekolah kali ini, saya dan adik perlu tinggal bersama nenek di kampung kerana ibu dan ayah perlu bekerja di luar negeri. Pada awalnya, kami agak sedih dan kecewa. Namun, apabila difikirkan semula, seronok juga dapat tinggal di rumah nenek. Nenek suka bawa kami jalan-jalan, belikan kami mainan, dan masakan nenek pun sedap-sedap belaka!

Satu hari, nenek bawa kami ke kebun. Indah sungguh pemandangan di situ yang menghijau dengan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan. Kami turut membantu nenek memetik beberapa hasil tanaman. Alangkah gembiranya dapat menikmati semua itu secara percuma. Jika dijual, boleh dapat duit pula!

Disebabkan itu, kami berangan-angan mahu ada kebun sendiri seperti nenek. Tanpa disangka, nenek berikan kami satu sudut di kebun itu untuk kami bercucuk tanam.

Wah, ini sungguh mengujakan! Tapi, saya dan adik tidak tahu apa-apa tentang berkebun. Apa kami berdua patut buat? Ayuh, ikuti kisah kami dan kebun nenek dalam buku ini.